ainon collections wedding Crafts,Decorations,Ideas & Crafts "Gubahan Hantaran"
AINON's COLLECTIONS
Salam to everybody who in LURVE.
Welcome to AINON'S COLLECTIONS wedding gifts decorations blog. Come and see our hand made wedding gift decorations thats can light up your wedding day.
Selamat Datang ke blog gubahan hantaran AINON'S COLLECTIONS. Selamat melihat hasil kerja tangan kami dalam mereka dan membentuk gubahan hantaran yang boleh menceriakan hari bahagia anda.
Our services:
*Decorations, Ideas and Crafts*Fresh Flowers *Artificial Flowers *Hand Bouquets *Bridal Bouquets *Bridesmaid Bouquets *Flower Girl Hand Bouquets *Wedding Flowers *Wedding Decorations *Corsages *Gifts and Souvenirs *Hantaran *Sirih Junjung.
Ahad, 1 Januari 2012
Sabtu, 31 Disember 2011
Koleksi Gubahan dan Hantaran
Warna Tema Merah Putih Penyeri Hantaran
Untuk mendapatkan gubahan yang eksklutif , pereka perlu bijak memilih suai padan hiasan seperti kuntuman bunga rose.Lapik dulang juga memainkan peranan penting bagi menonjolkan objek hantaran .Apa yang pasti kesenabungan warna adalah penentu.Bagaimanapun hiasan lebih nampak seri jika dihiasi jambangan bunga yang indah.

kek mengikut warna tema |
kasut dan handbag berjenama |
biskut tart berbagai bentuk |
kek mengikut warna tema |
sebakul buah mengikut warna tema |
sepasang baju sepersalinan |
biskut sampan cinta |
wangian popuri |
set penjagaan muka dan alat solek |
seutas jam tangan |
telkung |
hantaran perkahwinan ungu putih Raihana & Rahim
Koleksi gubahan dan hantaran
Bakal pengantin sekarang mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bekas hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan masing-masing. Kini penggunaan bekas hantaran berbentuk bakul ataupun berkotak telah dipermodenkan dengan hiasan yang mewah dan ekslustif.Gabungan bunga hiasan dan riben juga manik diserikan dengan warna lembut membuatkan ianya nampak lebih menarik.

beg sandang untuk pengantin lelaki |
sepasang kasut kulit berjenama |
Kiriman sirih lambang budaya hingga kini masih di jaga adat meminang warisan bangsa tanda cinta uda dan dara |
cup cake mengikut warna tema ungu putih |
kemeja sepersalinan bersama seluar panjang |
kain pelekat digubah dan dilipat dengan begitu teliti dihiasi dengan rama-rama kecil berwarna unggu putih |
baju melayu berwarna keemasan |
set tali pinggang |
biskut tart buah-buahan berbagai bentuk kelihatan menarik |
biskut sampan cinta |
sebakul buah-buahan mengikut tema warna ungu |
kamera sebagai hantaran |
Jumaat, 21 Oktober 2011
Set hantaran warna tema merah putih
Bagaimana kita hendak menyayangi seseorang … ☺

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2 . Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3 . Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4 . Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5 . Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6 . Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7 . Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8 . BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9 . Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10 . Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
Kerana “DIA” insan terpilih…
PETUA MENGASIHI SUAMI
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor, selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.
17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.
18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

Sekian
Langgan:
Catatan (Atom)