AINON's COLLECTIONS


Salam to everybody who in LURVE.

Welcome to AINON'S COLLECTIONS wedding gifts decorations blog. Come and see our hand made wedding gift decorations thats can light up your wedding day.

Selamat Datang ke blog gubahan hantaran AINON'S COLLECTIONS. Selamat melihat hasil kerja tangan kami dalam mereka dan membentuk gubahan hantaran yang boleh menceriakan hari bahagia anda.

Our services:
*Decorations, Ideas and Crafts*Fresh Flowers *Artificial Flowers *Hand Bouquets *Bridal Bouquets *Bridesmaid Bouquets *Flower Girl Hand Bouquets *Wedding Flowers *Wedding Decorations *Corsages *Gifts and Souvenirs *Hantaran *Sirih Junjung.

Rabu, 4 Mei 2011

Penjagaan Kesihatan untuk bakal pengantin Diet..Diet...Jangan tak Diet...


Program Diet SD2: Menu cadangan untuk 7 hari

 
With a little creativity you can make a lean protein meal that looks like this.
Breakfast:
1. 2 Fried Eggs( Sunny side-up/over-easy), 2 ramly beef patties (burger) = 6g carbs, boiled/steamed broccoli.
2. Tuna Omelet
3. 2 half boiled egg n 2 sausage ( 1 ramly beef sausage = 1.8g carbs)
4. Tuna n Cheese Salad
5. Cheese Omelet
6. Cheesy Scrambled Egg
7. Poached egg with Turkey Ham/Beef Patties
- with a bit more effort, toss a handful of lettuce, tomatoes,cucumber with a dash of apple cider vinegar, olive oil, salt n pepper for salad  as a side dish
Lunch:
1. Steamed Chicken, with stir fry siew pak choy
2. Roasted Chicken with Broccoli n mushroom
3. Grilled/steamed  Fish eg: Salmon
4. Butter Prawn n stir fry spinach
5. Chicken Florentine
6. Stir fry black pepper beef / beef stew
7. Rosemary roasted chicken
Dinner:
1. Tomyam Seafood
2. Chicken Soup
3. Beef/mutton Soup
4. Roasted Chicken
5. Grilled Prawn n salad
6. Grilled Chicken Salad
7. Satay - Kurangkan kuah dan jgn mkn nasi impit
Untuk dapatkan resepi-resepi tersebut, jangan lupa baca blog saya ek http://ainoncollections.blogspot.com/ 
saya akan cuba update kan blog  ni ..... CUBALAH RESEPI NI YA...


Ainon Collections
Slimdiet2/Alpha Liphid, No 22,Jalan TTJS 3/5 Taman Tuanku Jaafar 71450 Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA



Selasa, 3 Mei 2011

Produk Kesihatan Alpha lipid


Bestnya pagi ni celik2 mata je ada owg oder susu Alpha lipid ...2 la klo owg dh tau khasiatnya harga mahal pn depa x kesah yg penting kesihatan baik, sehat walafiat.... klo owg menderita stroke selama 3 tahun minum susu ni baru abis satu tin terus boleh berjalan x ke berbaloi 2 namanya...ada duit banyak x pi sakit terlantar nk wat apa????....so sesiapa berhajat sila hubungi saya 0172159845

Isnin, 2 Mei 2011

~~~Beningnya Hati~~~






Sebaik-baik ilmu adalah yang boleh membuat hati kita bercahaya. Kerananya, 
kita wajib menuntut ilmu sebanyak termampu  yang membuat hati kita menjadi bersih, 
sehingga ilmu-ilmu yang lain (yang telah ada dalam diri kita) menjadi bermanfaat.

Bila mana hati kita bersih, ia ibarat gelas yang bersih diisi dengan air yang bening. 
Setitik cahaya pun akan mampu menerangi seisi gelas. Walhasil, bila kita mengingin-
kan ilmu yang akan menjadi ladang amal soleh, maka usahakanlah ketika menimba-
nya, hati kita selalu dalam keadaan bersih. hati yang bersih adalah hati yang terbebas 
dari ketamakan terhadap urusan dunia dan tidak pernah digunakan untuk menzalimi 
sesama makhluk. Semakin hati bersih, kita akan semakin dipekakan oleh Allah untuk 
mudah mendapatkan ilmu yang bermanfaat. darimana pun ilmu itu datangnya. Di-
samping itu, kita pun akan diberi kesanggupan untuk menolak segala sesuatu yang akan 
membawa mudharat.

Kita lahir ke dunia tidak membawa apa-apa dan bila datang saat ajal pun pastilah tidak 
membawa apa-apa. Mengapa harus ujub, riya, takabur, dan sum’ah. Merasa diri besar, 
sedangkan yang lain kecil. Merasa diri lebih pintar sedangkan yang lain bodoh. Itu semua 
hanya kerana perisian dari sedikit ilmu yang kita miliki? Padahal, bukankah ilmu yang 
kita miliki pada hakikatnya adalah anugerah Allah, yang sama sekali tidak sukar bagi-Nya 
untuk mengambilnya kembali dari kita?

Subhanallaah! Mudah-mudahan kita dimudahkan oleh-Nya untuk mendapatkan ilmu yang 
akan menjadi penerang dalam kegelapan dan menjadi jalan untuk dapat lebih mendekatkan
diri  kepada-Nya.




Ahad, 1 Mei 2011

PANDUAN KESIHATAN UNTUK BAKAL-BAKAL PENGANTIN (susu Alpha Lipid)


Alpha Lipid Lifeline -Breakfast Drink yg Lengkap dan Amat Berkhasiat

Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yg memang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia.
Ia dipasarkan sebagai “BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE“.
Bagaimana mengambilnya?
Cara pengambilannya ialah 1 1/2 scup dicampur dgn air sejuk dan digoncang dalam shaker. Goncang sehingga menyatu dan berbuih.
Bila perlu ambil Alpha Lipid?
Seelok-eloknya sewaktu perut kosong…biasanya dicadangkan minum selepas subuh sebagai minuman sarapan pagi (breakfast drink).
Pantang larang?
Tiada pantang larang jika anda ambil Alpha Lipid, kecuali JANGAN CAMPUR dgn AIR Panas.
Campur dgn air sejuk atau air mineral biasa.
Rasanya?
Jika dicampur dan digoncang elok ia akan mempunyai rasa seperti AIS KRIM vanila yg cair…sedap…tidak pahit pun.
Sama ke dgn susu biasa?
Tidak Sama…Kolostrum adalah susu awal lembu yg mula-mula keluar dari kelenjar susu ibu yg baru melahirkan anak.
Untuk siapa/peringkat umur?
Oleh kerana ia adalah semulajadi, Ia sesuai untuk semua peringkat umur dari ibu mengandung, bayi, kanak-kanak, orang dewasa hingga orang lanjut usia.
Saya makan ubat, boleh campur dgn Alpha Lipid?
Boleh…Alpha Lipid adalah bukan ubat, ianya makanan semulajadi seperti juga nasi, roti, susu dll. So ianya boleh dimakan bersama ubat-ubatan. Tiada tindakbalas antara kandunggan Alpha Lipid dengan ubat-ubatan.
Bagus ke Alpha Lipid ni?
Kalau tak bagus takkanlah produk ni kami jual dah berpuluh ribu tin setiap bulan… Alpha lipid bukan ubat, jadi ia tak akan overdose.. kita ambil 10 scoop pun selamat.. selamat seperti kita minum susu biasa..


Kat mana saya boleh dapatkan Alpha Lipid ni?
Untuk mereka yang berminat nak mencuba Alpha Lipid ini anda boleh hubungi Ainon (017-2159845).. Anda boleh rasa sendiri kehebatan produk kesihatan ini..

Tak cuba tak tahu.. Dah cuba nak selalu..

Panduan kesihatan untuk bakal-bakal pengantin


Kenapa Karbohidrat Boleh Menggemukkan??

Salam semua 
 semua wanita nak cantik.. semua wanita nak anggun.. semua wanita nak bergaya terutama untuk suami lah kan.. Jangan pulak kat umah serabai je.. kena lah bergaya baru suami lagi sayang..
Hari ni saya nak cerita apa itu karbohidrat.. Kita pasti selalu dengar orang cakap jangan ambil karbohidrat banyak sangat, nanti boleh gemuk. Sebab itulah ada orang yang berdiet tidak makan nasi serta roti, bagi menguruskan badan mereka. Betul ke karbohidrat boleh menggemukkan?
TERDAPAT dua jenis karbohidrat yang tidak menyihatkan di dalam hidangan kita seharian. Yang pertama adalah makanan manis dan bergula manakala kedua bijirin yang tidak bercambah seperti roti, nasi dan pasta.
Karbohidrat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan jauh lebih baik kerana ia semulajadi tanpa melalui proses pengubahan sebagaimana roti dan gula.
Karbohidrat jenis roti dan gula meningkatkan paras gula dengan mendadak sehingga merosakkan kesihatan manakala jenis sayur-sayuran pula mengurai dengan perlahan memberikan tenaga tanpa merosakkan tubuh.
Gula merupakan keperluan sel dalam tubuh kita. Tanpa gula kita menjadi lemah tidak bermaya. Yang merosakkan tubuh adalah kenaikan paras gula melampau secara tiba- tiba. Apabila kita minum segelas minuman manis, paras gula meningkat dengan tiba-tiba menyebabkan paras hormon, enzim dan transmitter tubuh berada dalam keadaan yang tidak menentu. Lama kelamaan akibat aktiviti tidak menentu ia mudah rosak. Keadaan ini boleh disamakan dengan suis lampu atau peralatan elektrik yang dipetik beribu kali tanpa henti. Sudah tentu ia mudah rosak kerana penggunaannya yang tidak berkala.
Apabila mengambil minuman yang sangat manis atau makan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti atau pasta jumlah gula akan meningkat secara drastik di dalam darah. Kita akan berasa bertenaga selama 20 minit. Kelenjar insulin mengesan kehadiran gula dan mula bekerja keras menurunkan kadar gula. Insulin yang banyak akan berkitar di dalam tubuh kita melebih sejam. Pada masa ini paras gula sudah terlalu rendah manakala paras insulin pula sangat tinggi. Ketidakseimbangan membuatkan seseorang menjadi lemah dan lesu. Ini adalah faktor mengapa tubuh kita menjadi letih dan mengantuk setelah beberapa jam makanan makanan manis atau tinggi karbohidrat diproses.
Apabila proses ini berulang setiap hari tubuh kita bagaikan kehilangan signalnya yang semula jadi. Paras hormon metabolik turut terjejas dan akhirnya kita akan menjadi obes yang tidak mudah dipulihkan dengan diet biasa.
Seseorang yang mahu kurus harus mangambil berat fakta sebegini. Metabolik tubuh harus ditingkatkan. Pemilihan makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah adalah faktor terpenting bagi membantu meningkatkan hormon metabolik.
Indeks Glycemic merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sebenarnya merujuk kepada kebolehan sesuatu makanan dipecahkan menjadi gula dalam darah kita. Lebih tinggi indeks glycemic bermakna lebih cepat makanan ditukar menjadi gula dan memberi kesan buruk kepada tubuh kita.
Senaman adalah satu lagi faktor utama yang mampu meningkatkan kadar metabolisma. Kita perlu ingat bahawa senaman bertujuan meningkatkan kadar pemanasan tubuh dan bukannya membentuk otot semata mata. Oleh kerana lemak lebih cenderung terbentuk pada perut, paha dan belakang maka senaman yang baik adalah senaman yang menggunakan otot ini.
saya mencadangkan senaman otot-otot utama atau Core Muscle Excersize yang mudah dan sangat berkesan. Otot utama kaya dengan bahan pembakar lemak. Pergerakan otot utama membuatkan seluruh tubuh kita berfungsi. Apabila kita melakukannya kita dapat rasai kesan yang pantas dan hebat.
Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas. Memadai dilakukan di atas tilam atau lantai sahaja. Lagipun ia tidak mengambil masa yang panjang hanya sekitar 20 minit sahaja. Ia juga tidak menjemukan kerana tanpa disedari kita menggunakan tenaga seluruh tubuh bagi melakukannya. Pada waktu ini otot-otot akan distimulasi dan mengeluarkan hormon serta enzim yang baik bagi mengunakan lemak secara efektif.
Seorang sahabat saya yang juga doktor pakar memberitahu sejak berat badannya meningkat dia berasa sangat tertekan. Senaman dan pengurangan makanan sahaja tidak dapat membantu. Selepas meningkatkan paras hormon dan enzim kehidupannya kembali ceria. ”Dulu senaman pun tak berpeluh namun sekarang berpeluh-peluh,” katanya.
Saya teringat seorang jiran berbangsa Tionghua yang memberitahu bahawa dalam masyarakatnya tubuh yang sihat adalah tubuh yang berpeluh dan panas. Teknik perubatan Cina mementingkan peningkatan metabolisma.
Salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme adalah bersenam secara konsisten sebaiknya di awal pagi. InsyaAllah, apabila metabolisme kita meningkat, berat badan dapat diturunkan dalam masa yang cepat.
Selain daripada itu.. minum lah slim diet 2 untuk mempercepat lagi proses pembakaran lemak anda… Cubalah.. anda tak akan rugi..